Tuesday, March 8, 2011

Perasaan ana_Huda....

mendengar kisah orang...
ada yang menderita disebabkan masalah keluarga...
hati ini sebak mendengar..
ada yang mengatakan bentuk perbelanjaan tidak mencukupi....
bertambah hati ku sebak...
tanpa dapat ditahan.... 
terasa basah dipelupuk mata....
apabila di campur dahaga kasih sayang!
apakah mereka tidak mempunyai perasaan melihat anak mereka?!
ada yang bermacam-macam lagi...
hati ini...
hati Nurul Huda Hasan...
tidak dapat menahannya...
berjujuran basah lecun.....
sesungguhnya,..ana merasakan jikalau ana berada ditempat mereka..
masya-Allah..
ya Allah tabahkan hatiku,,,,,, 

F + F = Awad epi 4

Cikgu Qayyum yang mendengar sedikit tidak di sangka,
walaubagaimanapun, Fadhilah yang mengaku dan bercakap benar itu,
malu juga,.... rasanya mulanya hijau ala-ala hulk menahan malu...
Fawas dan Fadhilah tidak lepas memandang gurunya untuk mendengar conclusionnya,
"ok, awak berdua boleh duduk ke tempat! sekarang kita keluarkan buku latihan yang saya suruh siapkan semalam"
Fawas dan Fadhilah menarik muka lega.....
sempat lagi fadhilah mejelir lidah ke Bella...
'xpadan dengan skema!' Bella berkata perlahan.. takut di dengari Cikgu Qayyum, lain pula jadinya..

setiba di tempat....
Fadhilah agak cemas mendapati bukunya tiada di dalam beg... puas di selongkar  dalam laci meja.. bawah meja
bagai cacing kepanasan... mukanya juga seperti udang kena panggang mencari sekitar nya..
manakala...Fawas pula telah meletakkan buku tulisnya di atas meja.
"awak ni kenapa Fad? dari tadi macam kucing hilang anak?" Fawas bertanya setelah rimas melihat Fadhilah begitu..
"saya tak jumpa buku saya Wad...tolonglah carikan sekali" kata Fadhilah dengan mukanya yang seperti hendah menangis..
kesian pula Fawas melihat muka Fadhilah begitu..namun sempat pula Fawas memuji Fadhilah
'hai,,... comel betul budak ni!' desis hatinya..
"Fawas! yang awak termenung macam mengenang isteri kat rumah tu kenapa?" Fadhilah menyentak lamunan Fawas..
"yelah...saya tengah tolong cari ni..."

"baik lah semua! saya tahu buku latihan di buka dan diletakkan di kanan meja!" suara Cikgu Qayyum bergema.... Fadhilah pula bagai cacing kepanasan...
setiba sahaja cikgu Qayyum di meja Fadhilah dan Fawas.... "mana buku kamu Fawas?"
tanya cikgu Qayyum... Fadhilah pula tersentak! 'bukan ke buku aku yang hilang?' desis hatinya...
Fadhilah menyelak muka depan buku tersebut, dia nampak akan nama yang di 'liquid' dan ditulis namanya Fadhilah Khalidah binti Kasim.... lalu dengan pantas Fadhilah memotong...
"sebenarnya buku saya yang tiada cikgu!" Fadhilah cepat berkata kerana tidak mahu menyusahkan Fawas yang sanggup berkorban... dan agenda itu telah di saksikan oleh pemerhati yang tersengih sinis.. penuh hasrat dengki....
"apa ni sorang kata lain.... sorang kata lain?! kalau macam ni gayanya... awak berdua diri kat luar kelas! sekarannggg!!!" cikgu Qayyum menjerit...lantas tempat duduk mereka menjadi perhatian...

bersambung...

ana buat ni nak cepat.... atas permintaan ramai..ahah...
biar depa ternanti2..haahhaah.. suka2!

Saturday, March 5, 2011

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1.    Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

2.    Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

3.    Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

4.    Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluRoh air laut.

5.    Dia akan merasa yang amat pedih ketika Roh dicabut keluar.

6.    Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

7.    Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

8.    Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

9.    Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

10.    Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.

11.    Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

12.    Allah S.W.T akan menyeksanya dengan api neraka.
 

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ke tujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.