Tuesday, March 8, 2011

Perasaan ana_Huda....

mendengar kisah orang...
ada yang menderita disebabkan masalah keluarga...
hati ini sebak mendengar..
ada yang mengatakan bentuk perbelanjaan tidak mencukupi....
bertambah hati ku sebak...
tanpa dapat ditahan.... 
terasa basah dipelupuk mata....
apabila di campur dahaga kasih sayang!
apakah mereka tidak mempunyai perasaan melihat anak mereka?!
ada yang bermacam-macam lagi...
hati ini...
hati Nurul Huda Hasan...
tidak dapat menahannya...
berjujuran basah lecun.....
sesungguhnya,..ana merasakan jikalau ana berada ditempat mereka..
masya-Allah..
ya Allah tabahkan hatiku,,,,,, 

F + F = Awad epi 4

Cikgu Qayyum yang mendengar sedikit tidak di sangka,
walaubagaimanapun, Fadhilah yang mengaku dan bercakap benar itu,
malu juga,.... rasanya mulanya hijau ala-ala hulk menahan malu...
Fawas dan Fadhilah tidak lepas memandang gurunya untuk mendengar conclusionnya,
"ok, awak berdua boleh duduk ke tempat! sekarang kita keluarkan buku latihan yang saya suruh siapkan semalam"
Fawas dan Fadhilah menarik muka lega.....
sempat lagi fadhilah mejelir lidah ke Bella...
'xpadan dengan skema!' Bella berkata perlahan.. takut di dengari Cikgu Qayyum, lain pula jadinya..

setiba di tempat....
Fadhilah agak cemas mendapati bukunya tiada di dalam beg... puas di selongkar  dalam laci meja.. bawah meja
bagai cacing kepanasan... mukanya juga seperti udang kena panggang mencari sekitar nya..
manakala...Fawas pula telah meletakkan buku tulisnya di atas meja.
"awak ni kenapa Fad? dari tadi macam kucing hilang anak?" Fawas bertanya setelah rimas melihat Fadhilah begitu..
"saya tak jumpa buku saya Wad...tolonglah carikan sekali" kata Fadhilah dengan mukanya yang seperti hendah menangis..
kesian pula Fawas melihat muka Fadhilah begitu..namun sempat pula Fawas memuji Fadhilah
'hai,,... comel betul budak ni!' desis hatinya..
"Fawas! yang awak termenung macam mengenang isteri kat rumah tu kenapa?" Fadhilah menyentak lamunan Fawas..
"yelah...saya tengah tolong cari ni..."

"baik lah semua! saya tahu buku latihan di buka dan diletakkan di kanan meja!" suara Cikgu Qayyum bergema.... Fadhilah pula bagai cacing kepanasan...
setiba sahaja cikgu Qayyum di meja Fadhilah dan Fawas.... "mana buku kamu Fawas?"
tanya cikgu Qayyum... Fadhilah pula tersentak! 'bukan ke buku aku yang hilang?' desis hatinya...
Fadhilah menyelak muka depan buku tersebut, dia nampak akan nama yang di 'liquid' dan ditulis namanya Fadhilah Khalidah binti Kasim.... lalu dengan pantas Fadhilah memotong...
"sebenarnya buku saya yang tiada cikgu!" Fadhilah cepat berkata kerana tidak mahu menyusahkan Fawas yang sanggup berkorban... dan agenda itu telah di saksikan oleh pemerhati yang tersengih sinis.. penuh hasrat dengki....
"apa ni sorang kata lain.... sorang kata lain?! kalau macam ni gayanya... awak berdua diri kat luar kelas! sekarannggg!!!" cikgu Qayyum menjerit...lantas tempat duduk mereka menjadi perhatian...

bersambung...

ana buat ni nak cepat.... atas permintaan ramai..ahah...
biar depa ternanti2..haahhaah.. suka2!

Saturday, March 5, 2011

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1.    Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

2.    Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

3.    Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

4.    Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluRoh air laut.

5.    Dia akan merasa yang amat pedih ketika Roh dicabut keluar.

6.    Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

7.    Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

8.    Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

9.    Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

10.    Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.

11.    Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

12.    Allah S.W.T akan menyeksanya dengan api neraka.
 

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ke tujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Tanda-tanda Kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1.    Asap

2.    Dajjal

3.    Binatang melata di bumi

4.    Terbitnya matahari sebelah barat

5.    Turunnya Nabi Isa A.S

6.    Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

7.    Gerhana di timur

8.    Gerhana di barat

9.    Gerhana di jazirah Arab

10.    Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Friday, March 4, 2011

ana Kembali!

nak sambung cerpen epi 4....
tapi...tunggu sat ae...
nk g makan...
hehhehe...nasuha...... tunggu tw!
papai sumer....rndu ana terlerai!



tunggu dan saksikan bersama!

Monday, February 28, 2011

Broadband expired!

assalamualaikumarahmatullahiwabarokatu...
pada harini bersamaan pukul 6.00 lebih petang karang..
broadband expired maa... kena topup ler...
adesss...
belanja deh.... dapat pahal tawu...
:P apa-apa pon jangan rindu ana k..
ana tahu... rindu an.. ahhaha.. jangan ego! :P

Kepada sesiapa yang mengikuti segala karya ana...
maaf nya buk tergedanla seketika...
erk! awat ana cakap endon ni?
erk! penang mari pulak...
adess... ala peninglah..
anyway!
I miss You All! walaupon korang tak rindu aku.. :'(
rindu sangat2!

By the way.....
Good Luck to You All!!!!
exam...canyok2!!!
:) ana doakan anta anti semua lulus exam....
bersyukur k..... lulus lagi lagi ok dari dapat D or E ...
D ngn E terok tu...
ana target xmau ade C lah...tapi... nonsense! impossible punyer... :P
sayang kamu semua!!
<3 muah2

Friday, February 25, 2011

Kesah (ana_Huda) di tuition Cikgu favourite..

mula-mula...
ana masuk lambat sikit demam katakan (kununyer) dengan jaket yang begitu sempoi....
masuk- masuk ... agak terkejut melihat http://nurhazikah.blogspot.com/ ada di situ ..menjoin tuition mak dia...
mentang-mentang free.... heheheh
turut terkejot melihat shazreen dan sahabatnya intan...
 tapi yang paling terkejot melihat Syakir male seorang

kemudian berlakulah peristiwa-peristiwa yang mengeletek hati...
maklumlah dengan kawan...
macam-macam di bualkan....
bermula daripada aku tergeletek yah.... dengan terpegang paha nya...
maklumlah orang sensitif ni..
hehehe...
ape lagi! jatuh berdebab bagai nangka busuk ke tepi...
yang paling romantik!
dia jatuh tepi syakir...malangnya, terpegang paha syakir... sebaik berlapik!

ini kesah http://chocalymilk.blogspot.com/ pula...heheeh
anta anti nak tahu..... dengan rasa kecewa, tanpa di sedari,
dia terjerit kecil...itu xkesah nau,.
yang paling kucu dengan gaya tangan nya yang baru pass hospital bahagia.. hahaha
banyak perkara yang berlaku...
akhirlah kesah malam saya pada hari ini..

promote : sesiapa nak tuition Cikgu Kalthom.... anda di kehendaki menjumpa Puan Kalthom Abu Bakar tanpa segan silu...kerjasama anda ana hargai... tapi jangan sampai ramai nak gi meminang,,,
silap2 bukan tuition tapi makan nasik minyanya haziqah!
hahaha.... tapi selamani..pandangan ana..

hanya.. encik Sabar..dan puan Kalthom the best teacher of BM ...
 tak percaya?
tak percaya sudah! :P

F + F = Awad epi3

'mana si Fad ni... tadi kata nak pergi toilet sekejap je...aiiiissshhh tak akan aku nk masuk lak' Fawas bermonolog sendiri bagai cacing kepanasan di luar tandas perempuan.
setelah 5 minit berlalu...
'ada yang terajang pintu ni kang' sambungnya yang hampir hilang kesabaran..

namun tidak lama selepas itu..
tersegul wajah Fadhilah...
belum sempat Fawas membuka mulut...
Fadhilah kelihatan seperti hendak melarikan diri daripada Fawas yang mahu membebel panjang..
namun, Fawas terlebih dahulu  menahan Fadhilah..
"awak ni... memang nak cari nahas ye dengan saya, saya tunggu buka main lama...
awak sedap-sedap nak tinggalkan saya... habis tu kalau saya tak nampak awak nak pergi , jadik security gurd tandas saya tahu tak..." Fawas memulakan 'mukhadimah'nya.
"sekali sekala...amik kerja part time" dengan selamba Fadhilah menjawab
mata Fawas sudah terjegil...
"nak kena budak ni agaknya...
by the way... awak buat air ke melepas kat dalam tu lama sangat?" tanyanya dengan wajah serius
"ala, Fawas kita yang handsome lagi sasa ni...jangan lah camni...ala-ala wangi-wangi...saya ada masalah wanita sikit..tu yang lambat...awak paham-paham jew lah ae.." pujuk Fadhilah lagi..
"tak ada tak ada.... awak kena belanja saya makan sebagai ganti" kata Fawas sambil terus menuju ke cafe sekolah..
"Fawas ni,,, pantang ambil kesempatan... baik aku tinggalkan dia tadi" kata Fadhilah dengan nada perlahan yang turut beiringan dengan Fawas
"amboiii...mengata orang no.1.... denda ditambah...balik karang awak dikehendaki belanja ABC kat kedai Pak Mail"
"dah2! nak makan apa ni?" Fadhilah menukar topic setelah Fawas banyak songeh ..

***

"alamak! Fawas tengok tu cikgu dah masuk kelas...awak lah ni... nanti cikgu marah lak..awak macamlah tak faham Cikgu Qayyum kita tu"
"ala...rilekslah! kita kan ada alasan munasabah! eh awak nak salahkan saya pula... masalahnya..siap yang masuk tandas berlama-lama tu" sempat lagi mereka bercakap-cakap semasa tergesa-gesa menuju ke kelas
"hah! awak berdua diri kat pintu kelas dulu!" sergah Cikgu Qayyum dengan suaranya yang lantang dan pastinya sesiapa yang mendengar akan lari ke tandas....
tapi, garang-garangnya khawin juga..malah cantik lak tu bini dia...
"berangan-berangan! hah tu lah masuk lambat! bagi alasan munasabah sikit Fawas! Fadhilah! awak tengok pukul berapa sekarang! ingat mak bapak punya sekolah apa!!"
lamunan Fadhilah tadi hanya seketika setelah di sergah lagi oleh Cikgu Qayyum..
"maa....maaaf cikgu.. ta....tadii...." jawab Fawas tergagap- gagap....
"apa??! apa tadi???! tadi apa?" tanya Cikgu Qayyum yang mahu penjelasan itu...
namun, Fawas serba salah mahu menyatakan.. lagi- lagi dia lelaki..
dalam situasi yang panik itu, sempat lagi Fadhilah mengerling wajah Noraqilah Amera atau dikenali Bella anak Dato` yang telah sponsor banyak di sekolah ini... dan di sebabkan itu, ramai orang menghormatinya...berbalik topic asal, wajahnya yang memandang puas hati.....
mulutnya juga terkamit 'padan muka' walaupun tiada suara berbunyi, Fadhilah mengerti...

"Fadhilah!! awak memang suka jadi security guard kelas nya!! dari tadi berangan! " suara cikgu qayyum kembali bergema...
dan pada kala itu juga, muka Bella melonjak riang...
"hurm..." Fadhilah menyusun kata, pada masa yang sama, Fawas menyiku- menyiku...
"kalau cikgu nak tahu, izin kan saya bisik kat cikgu" kata Fadhilah dengan tenang tanpa perasaan takut,
Fawas dan sekelas yang dari tadi tak lekang memandang mereka turut terkedu mendengar jawapan Fadhilah yang berani...
last-last...
Cikgu qayyum datang lalu merendah kan sedikit badan nya bagi memudahkan pendengaran,
maklumlah tinggi menonjang...
sempat lagi Fadhilah menolak tengah cermin matanya dengan jari telunjuk...
'saya bocor lah cikgu.... tu lambat sikit, Fawas teman saya, tapi dia dok kat luar lah'  bisik Fadhilah...
mata-mata kelas yang dari tadi memandang adegan tersebut, tertanya- tanya...

bersambung...

tinta pengarang : ini saja yang ana sempat buat anti... hehhe...
tu pun hentam keromo jew lah,.... http://chocalymilk.blogspot.com/
mempersembahkan khas untuk anti yang xjemu menyokong ana..
dan anti sahaja lah yang setia melawat ana... ana sangat2 mengahargainya anti..
sangt2! tq very much! love u!
(panjanglak ana bebel) :P



Thursday, February 24, 2011

Luahan hatiku... (ana_huda)

orang tak suka ka kawan dengan saya?
apa beza saya?
kenapa saya?
dan apa sebab mereka mendiamkan diri bersama saya?
kenapa juga mereka melarikan diri daripada saya?
saya juga nak tahu kenapa mereka hanya mengambil kesempatan terhadap kebaikan?
kenapa? kenapa? dan kenapa?
adakah saya tidak setanding dengan mereka?
adakah saya hanya diperlukan time susah?
ya, mungkin saya tidak normal seperti kalian.....
pergilah kalian....
teruskan hidupmu...
saya tidak akan mengganggu hiduo kamu lagi...
tapi...
saya tidak benarkan sesiapa memijak kepala saya sesuka hati...
kalian fikir saya tidak mempunyai perasaan sayang.... kasih... simpati.... kecewa.... sedih...
kalian hanya mementingkan diri sendiri...
cukuplah saya bersama alam atau dunia saya yang tidak menyakitkan...seperti kalian menyakitkan saya...
saya sedar siapa saya.....
bukan terbaik untu sesiapa....
terima kasih atas kesudihan berkawan dengan saya walaupun hanya berpura-pura...
selamat tinggal....
ana hargainya,,...

Tuesday, February 22, 2011

Sukar Untuk Melepaskanmu Pergi

Hati ini tidak tahan akan dirimu...
Ibadahmu lengkap.....
Rupa parasmu sempurna...
namun, hati yang sakit ini lambat sembuh...
tapi hanya berada di sisimu aku merasakan diri ini selamat...
apa yang aku mampu lakukan?

Egoku bermaharajalela di hatiku....
meliputi seluruh hatiku, yang ditinggal hanya sekumit...
engkau aku biarkan melangkah.....

2 tapak....
3 tapak.....
terasa basah di pelupuk mata....
'kenapa engkau menangis?! bukan ini yang engkau mahu?' hatinya berkata-kata....
namun....
Diri ini,,,.........
tidak dapat menahan.....
'betul kah keputusanku ini?' hatiku berkata...
semakin lama... kelibatnya semakin menghilang dari pandangan...

lalu aku membuang egoku jauh-jauh...
aku berlari untuk mendapatkanmu...
aku membuang pandangan di seluruh kawasan sambil diri ini
telah lecun basah dengan air mata...

'"dimanamu sayang?" hatiku berkata-kata sambil meraup-raup mukaku menyesal yang teramat.....
tiba-tiba "paaangggggggg!!!!" bunyi yang kuat dari seberang jalan raya kedengaran....
ya Allah.... aku melihat seorang pemuda yang tersepit di celah lori itu...
baju itu... warna biru yang penuh akan darah......
"tolonglah datang kepadaku sayang..." aku mula teresak-esak menyesal.....
'jangan  tinggalkan li bang,....tolong abang,.... laili sayang abang sangat-sangat!' sambungku lagi..
'abang....maafkan laili abang....laili minta maaaf..' aku mula menangis seperti histeria..
hanya tuhan yang tahu....kesedihanku ini....
kawasan kemalangan di seberang jalan dikerumuni orang ramai.

tiba-tiba terasa bahuku di sentuh lembut...
lalu aku berpusing....

aku terus meluru memeluknya.....
"terima kasih.... terima kasih Ya Allah" kataku mengucap syukur...
"sayang..... jangan nangis-nangis lagi.... abang kat sini lah sayang....tu bukan abang.... " katanya memujuku
aku semakin terharu mendengarnya.... masih lagi teresak-esak....
"laili sayang abang sangat-sangat...jangan tinggalkan li lagi...."
"abang pun sayang sangat sangat sangat isteri abang ni..... tak comel lah nangis-nangis. abang tak kan tinggalkan li lagilah....." pujuknya lagi...
tapi mukaku tetap lekap di dadanya...
dia mengangkat mukaku, lalu mengelap menggunakan jarinya..
sambil berkata "jangan nangis-nangis lagi... ni kan comel.... tak lama lagi jadi mak orang... kena kuat"
aku sudah tersenyum... lalu memegang perutku yang tidak nampak sangat besarnya itu..

"jomlah balik!" kataku,
"jom! nanti malam ni kita keluar makan kat hotel ae!" katanya sambil memeluk pinganggku dan menuju ke arah kereta BMW yang tersadai di tepi jalan...
Sesungguhnya, aku bersyukur dapat suami yang "caring is sharing" bak kata elly + mirol
terima kasih ya tuhan memberiku kesempatan ini....
semoga ia berkekalan semalanya.... aminnnnn.....

tinta penulis : ana_huda
mula-mula dah buat cam sajak....
tiba-tiba terlanjur.... hahhaah...
alang-alang tu.... mempersembahkan! hasil karya ana yang xseberapa hebat ni

Saturday, February 19, 2011

Ana Terasa....Awak Tak Tahu...

hurm...
ya ana terasa...
kenapa awak pentingkan diri sendiri?
ana tahu awak perasan bagus...
lainlah ana... bukan bagus sangatkan?
awak je bagus....awak je semua awak...
awak tak pikir ana...
bila awak dibalut kesedihan dan kekecewaan...
ana yang awak cari...
bila awak dalam kegembiraan....
awak biaq ana dalam terawang-awang....
tidakmahu pun berkongsi kegembiraan...
malah awak tendang ana jauh-jauh...
tatkala diri ini dicengkam kesedihan juga awak lari tinggalkan ana
Ana terasa ....
awak bukannya tahu.....


Adakah Sedetik Kebahagiaan kepada ana tiada di ruang hatimu?


Thursday, February 17, 2011

F + F = Awad

Suasana  di dewan hingit bingit.....
Tambahan pula pelajar bercampur kelas menambah gamat........
Ada-ada sahaja cerita yang hendak di borakkan.....
"Nak duduk kat mana ni Fad?" Fawas bertanya. namun suara Fawas di telenggami kebisingan menyebabkan Fadhilah kurang jelas apa yang disampaikan hanya dapat melihat mulutnya terkumat-kamit
tanpa dapat apa yang di sampaikan...
"Apa?" kataku dengan suara dikuatkan supaya jelas kedengaran...
"Nak duduk kat mana??" kali ini Fawas menambah volume suara nya...
Aku memikirkan sampai membuat gaya menarik2 janggut....
seolah-olah sedang berfikir lah tu...
hah! mentol di fikiranku menyala apabila ternampak dua buah kerusi kosong
di barisan tengah...

Lalu aku menarik lengan baju Fawas yang berlapik itu.
Fawas pun mengikut langkahku.
Dalam perjalanan aku sampai ke tempat itu, tiba-tiba aku terasa kaki sebelah ku di paut...
"aaaaa" aku terjeri kecil. kerana hendak terjatuh
, nasib menyebelahiku Fawas sempat memegang lenganku dari jatuh...
adess....nasib baik ada cover baju aku ni,
aku terus berdiri dengan stabil... dan memandang ke arah budak perempuan yang buat muka tak bersalah itu,
sebaik terpandang budak perempuan yang memang terkenal sifat "gediks" nya itu...'
perasaan meluat terbit di hatiku...
'ala setakat anak dato' sebab tu orang hormat buat apa....boleh blah!'

belum sempat aku hendak membuka mulut,
Fawas mengisyaratkan supaya teruskan perjalanan..
sampai sahaja di tempat duduk, aku cuba menenangkan diri,
teringat pesan arwah ayah, biar orang buat kita, kita jangan buat dia....
dengan menarik nafas  dan melepas kan, aku sudah kembali senyum,
sesungguhnya, pesan arwah ayah yang aku rindui tersemat di hati forever   selamanya....
rupa-rupanya, tanpa aku sedari, Fawas yang berada di sebelah
memerhati sahaja pergerakanku...
"awk kenapa? pandang camtu.... nak kena ni?!" kataku sambil mengangkat tangan hendak lepuk...
"rilekslah sis.... sekejap baik je? apa cer? tadi cam singa lapar.." katanya dalam nada selamba
"adalah.....biarlah rahsia..." kataku sambil meminjam kata-kata Dato` Siti.

Belum sempat Fawas membalas, aku mengisyaratkan "shhhh" diam kerana majlis sudah bermula...
Fawas sempat lagi menjelir lidah tak nak ngaku kalah...
Aku memaling muka kehadapan melihat majlis sambil membetulkan spectacleku yang berbingkai tebal hitam..(ala-ala ulat buku skema...)

jap2 pengarang : ana_Huda nk potong line...
lupa nk bgi pengenln : Fawas ngn Fad tu pon ala-ala skema dri pakaian...namun perangai agak gile2
:) kepada sesiapa yang ikuti perkembangan segala cerita...trimass ya!
jgn lupa baca epi 1 yang xde title tu
(time tu xterpikir nak lanjutkan citer tu)
tapi atas permintaan ramai!
hahahah

Wednesday, February 16, 2011

huh...
memori itu masih segar diingatan ku....
tidak sesekali aku melupakannya melain aku tiada di bumi ini....
sebaik terpandang mukamu....
Memori yang tersisip rapi di hati ku.... kini terusik kembali...
seperti luka yang lama berdarah,.... mengalir laju..

'Mengapa mukamu yang kerap kali muncul di ingatanku.....?'
'mengapa engkau kembali ke hidupku.... sudah puas aku melupakanmu sampai aku jejak ke bumi orang putih ini'
'hey tolong pergi dari hidupku!' hati ku meronta-ronta....

Kesejukan bumi orang putih ini tidak mampu menembus hatiku yang berapi lagi membara...
Aku memandang ke langit......
bulan dan bintang juga seperti turut merajuk bersamaku....

'Ya Allah tabahkan lah hati hamba-Mu yang hina lagi daif ini....'
'Adakah aku sekuat ujian yang engkau berikan ini'
sedang aku melayan fikiran kecamuk...
Entah seperti jatuh dari langit seekor kucing di hujung kasutku menguis2!
pesanan tinta : bersambung akang datang! ikuti perkembangan!
ana_Huda

Adakah Aku?

"eh, kau tahu tak Misha Omar ada partner lain?"
Gosip-gosip sana-sini kedengaran.....
"huhhh!!!" hatiku mengeluh...
sememangnya aku tidak menyukai persekitaran ini....
Kerana ia mengaggu emosi ana untuk membaca buku...
namun setelah beberapa minit....
Kelas seperti biasa terdiam sebaik sahaja Cikgu Qayyum yang terkenal dengan sikap garangnya....
seperti harimau itu..
Tiba-tiba mataku terancap kepada budak di belakang Cikgu Qayyum
yang berpakaian agak kemas dan segak
'budak baru tu, erk! alamak...aku yang kena ni' desis hatiku hal ini demikian kerana, hanya disebelah ku sahaja kerusi kosang...
"ok, hari ini kita ada pelajar baru.... namanya Fawas... " terang cikgu Qayyum kepada murid-murid
"Fawas awak duduk di sebelah Fadhilah..." sambung Cikgu Qayyum lagi...
'alamak ai..... siap kau budak kalau jenis kecoh, aku belasah kau' desis hatiku.

"Fadhilah awak ok tak duduk sebelah Fawas? saya tanya banyak kali... awak sempat berangan lagii" kata-kata Cikgu Qayyum memecah keheninganku.
Hampir semua pelajar ketawa kecil melihatku
"baik cikgu!" kataku dengan senyum plastik murah yang boleh terdapat di supermarket atau kedai-kedai berhampiran
"assalamualaikum nama saya Fawas" dia memulakan perkenalan sebaik tiba di tempatnya.
"ya, waalaikumusalam... saya Fadhilah..." aku membalas dengan sedaya upaya memaniskan muka.

'alamak.... libray dah tutup ke? sape duty hari ini? awat cek tak tau naaaa??' hatiku membebel - bebel seperti murai tercabut ekornya. aku memandang di luar pintu libray kaca dengan perasaan sedih...
dan sememangnya aku ulat buku.. memang mukaku setiap kali berada di libray, seperti sudah di gam dan di cop!
"Nak pinjam buku ke? dah tutup awal lah sebab besok ada kempen anti dadah,, so, tutup buat sementara waktu.... "
tiba-tiba satu suara seperti aku kenal kedengaran... namun tidak aku endahkan... kerana dapat memandang buku kat dalam tu pun jadilah...
"hurm...anyway, kat rumah saya pun ada buku, boleh tahan banyak... kakak saya pun banyak kumpul koleksi novel"
pantas aku pusing ke belakang mendengar tawaran yang menarik lebih menarik daripada pertandingn gores dan menang 
"nak-nak!" aku cepat "mengecop" dulu... dan tetapi.....gerangannya Fawas rupanya...
"Siapa nak bagi pinjam? orang cakap je..." jawapnya dalam nada selamba..
"tidak mengapalah macam itu" kataku dalam nada merajuk.
"ala-ala intan payung...kanda berguarau sahaja lah dinda..." katanya dengan senyuman menghasi bibir..
aku agak tergamam sebenarnya melihat senyumnya yang ikhlas tambahan kata-katanya...
"weekkkk" aku menjelir bibir menahan senyuman geli hati.
"tak nak pinjam sudah lah..." katanya seperti hendak pergi.
dengan cepat aku menahan "ok-ok nak-nak!" jawapku.
"Yeszaaa....menang!! hahahah" katanya sambil ketawa yang comel..
"asyik nak menang je....ambil lah menang tu" kataku sambil menghempuknya menggunakan
buku ditangan
"awwww,,,, sakit u...." katanya sambil saja-saja berkelakuan pondan sakit.
"hahaahaha" aku terhibur dengan gelagatnya..
Sejak hari itu, aku yang tiada kawan kerana asyik berkawan dengan buku kini mempunyai Fawas yang sudah menjadi kawan hiburku..

Namun......
dalam kegurauan itu, tanpa kami sedari, ada sepasang mata yang memandang dengan hasrat dengki..
dan dengan mulut terkumat-kamit menyumpah- nyumpah melihat kegembiraan kami...

Monday, February 14, 2011

Mencari Kebahagiaan

Selepas pertengkaran yang seperti langit berdentum dentam....
Ditinggalkan aku bertemankan angin.....
beratapkan langit.....
Tanpaku sedari..... terasa ada cecair yang mengalir laju bak air sungai mencurah-curah
di pipiku....
Apakan daya..... aku hanya insan yang bergelar wanita!
Apa salahku?
Tergamak kau membuat hatiku kerkocak! kau telah meninggalkan pandangan buruk terhadapku
Namun.... jauh dilubuk hatiku.. masih menyayangi hatimu...
Tidak mengapalah,.... akanku teruskan kehidupan tanpamu disisi...
Aku meneruskan langkah.... Bintang bercahaya seperti memberi semangat kepadaku
Mengapa diri ini yang menghadapinya? kataku sendirian seperti ada partner  teman disebelahku iaitu pokok dan batu....
Ya Tuhan menguji hamba-Nya kerana Dia menyanyangi umat-Nya...
"Ya Tuhan....kau berilah person  aku semangat dan hidup yang baru" desis hati yang seperti dihiris sembilu ini!
Aku rela melihatmu bahagia..... kerana kalaumu bahagia...hati ini turut gembira....
Pergi lah kau jauh  dari hidupku.....
Diri ini tidak akan muncul menganggu hidupmu.....
Tiba-tiba......
"bbbberrrdebaaangggggg!!!!" bunyi kuat berlanggaran kedengaran...
aku terasa seperti tidak menjejak kaki di bumi...
Tiba-tiba.....pandanganku mula kelam....dan kelam....1,2,3 pandangan ku gelap......


Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............



Blog Kedua?

Kawan-kawanku.....
hahaaaha aku sayang kamu...
hahahah....puas hati tak gambar dah ada?
blog first www.wapucetau.blogspot.com
yang kedua pula ni www.kongsiwapucetau.blogspot.com
sumer ada kena ngena dengan wapucetau maaa...
hahahaah